Monday, December 30, 2013

KEDAI MAKAN KE DISKO?

Assalamualaikum

Story hari ni pasai kedai makan. Aku suka citer pasal makan sebab aku suka makan.hehe.. Baru habis kerja perut krut krat krut krat bunyi bertasbih. Tak boleh jadi ni, kena cari kedai makan, lapar. Aku ajak la kakak aku makan then dia suggest kedai sebelah mall tempat aku kerja. Jom jelah kak, aku dah lapar sangat-sangat nih. Aku iye kan aje la walaupun tak tau kedai tu macam mana. Aku tak biasa area KJ ni. So, kakak aku bawak aku merempit dengan moto. Tak sampai 3 minit dah sampai dah. Ok, pergi rapat sikit, macam ok je kedai ni sebab ramai jugak custemor depa tuh. Bila rapat sikit lagi, aku ternampak mamat dok hisap shisha. Dalam hati aku "ala, ade jugak orang tak cukup oksigen kat sini" Bau dia perh!. Nak aje dicukupkan oksigen mereka-mereka nih. Tak suka bau dia tau tak. Then, dok pikir-pikir, takpe la bedal jela janji dok jauh-jauh sikit dari mereka-mereka. Bila nak turun dari moto tu, datang lagi satu halangan, BUNYI. Aku tak boleh blah bila orang pasang lagu bunyi macam nak disko!. Aku nak makan dengan tenang pon tak jadi kalau gini. 

Aku : "Mandak! jom blah. Kepala aku tengah semak nih , Makin semak samun kalau aku makan kat sini".

Mandak pon ikut aje la. Yela, orang nak makan dengan tenang, berselara, menikmati dan sewaktu dengannya, Depa p pasang lagu nak berdisko pasai pa. Ini nasihat la, kalau anda bos restaurant or kedai or whatsoever tempat nak menjamu selera, sila pastikan background bunyi music sesuai sikit. Tak yah la nak pasang lagu macam nak berdisko bagai. Semak tau dak. Pasang zikir lagi dapat pahala. That all for today. Peace yo.. 

thank you very much, ike yu samah sriya. 


Friday, November 29, 2013

Nasi Goreng Kasih Sayang

Assalamualaikum

Tajuk kat atas tu memang tak hingat la kan. But this is a real story guys. Happy reading
Hari ini mencatat sejarah dalam hidup aku sebagai manusia yang ada family dan ramai adik bradik. Al kisah ni pasal dua bradik. Thats y aku mention sejarah aku sebagai manusia yang family ramai adik bradik. I don`t know siapa dua bradik ni tapi mereka adalah housemate kakak aku. Aku baru kenal si A3hari dan itu pon cakap gitu-gitu jer. Dia jenis yang senyap-tak-banyak-cakap. It was happen when her sister got a call from her father. Aku terdengar je, bukan curi-curi dengar hokey!. Time tu tengah masak nasi goreng. Mandak (my sister)ngade request nak nasi goreng bagai.

Tengah masak ketung ketang ketung ketang then si adik balik dari kerja. Aku tak pernah jumpa si B this is my firsttime jumpa dia then dia tegur dengan muka terkejut "hai" muka sangat-sangat spechless. Yela, nampak orang yang tak kenal dalam rumah dia, ofcourse la wondering kan. So, aku paham mimik muka dia yang blur, i told her that saya adik your housemate. Dia pon, "ohhhhh". Aku pon hangguk jela, tengah masak, fokus la konon-konon kan. Nak beramah tamah kejap-kejap lagi. Bila si A habis cakap telepon aku dah suspek macam ada yang tak kena jer. Aku tak dengar apa yang dibualkan dekat telepon tu tapi yang pasti ada kaitan dengan si B. Si B waktu ni tengah basuh baju. Baru balik kerja bsuh baju terus, penatkan?. Lepas selesai rendam baju (aku nampak dia rendam dulu- aku tak skodem ok, ruang dapur tu sebelah je dengan bilik air depa. So, nampak la kan.) haha..
Then si B keluar ke ruang tamu.si A tegur dia and her voice quite louder drp kebiasaan telinga ni dengar. Dalam hati aku ni dah rasa semacam. so, lepas tu la semuanya bmula aksi pergaduhan"semua ni kau punya pasal" "ah, tak!ini kau punya pasal". Lebih kurang mcm tula (malas nak jd script writer tak bertauliah). Mula-mula masing2 salah meyalahkan antara satu sama lain. Aku yang tak pernah-pernah dengar scene real-depan-mata macam ni terus tak jadi nak masak. Aku stop masak kejap. Dalam hati nih, macam mana ? Nak g halang ke tengok jer? Nak di halang rasa macam tak patut. Yela, aku bukannya sape2 nak masuk campur hal dorang, baru kenal 2, 3 hari nak interfre hal orang. Rasa tak patut pulak. Tapi hati ni nak je g stop scene dorang ni, nak je cakap weh gaduh2 tak elok la, kalau ada masalah bincang elok-elok. But at the same times, suara dua beradik tuh dah macam nak perang dunia. aku trus tak jadi nak g stop. Baik aku diam nanti tak pasal-pasal kena penampar free. Orang tengah marah ni dah tak boleh pikir apa. Better aku diam jer, pasang telinga and get ready, kot-kot dorang nak gaduh sampai baling pasu ke kerusi ke, mana kita nak tahu kan. Dah nak g tegur takut, get ready jela. Bila dua-dua dah fire masing-masing,aku switch on dapur gas nak sambung masak Dah scene fire menfire lama sangat and tengok keadaan pon macam takde pasu or kerusi melayang.selamat. aku sambung masak. Dalam hati aku seru nama mandak, kot-kot la mandak balik kerja awl ke. Time ni mandak xde, aku dgn budak 2 orang tu je. Aku g rumah dorang pon sebab nak anta kunci rumah. Mandak pinjam housemate dia yg sorang lagi. Kebetulan housemate yg sorang lagi pon tak balik lagi. Mana la kau mandak, kenapa tak balik lagi padahal hari tu mandak keje shift petang sampai malam. Memang xdenye la nak balik pukul 7 pm. Risau dengan budak dua orang punya pasal la ni.

Lepas 15 minit dorang perang mulut, terdengar la pulak esak tangis. Tatau suara si A or B, kan adik bradik, tak berapa nak cam sangat. Sorang senyap, sorang lagi dah nangissambil cakap"i love u, we all love u, thats y, we do this. We don`t have any intention to hurt u." dengan suara serak-serak tu, dengan aku-aku sekali nak menitik ayaq mata hang tau dak. Sedih,sebak semua ada. depa buat aku nak nangis sekali plk. Scene nangis ni aku tak tengok sebab aku tengah sibuk menggoreng . So, tak tau si A and B dok dekat mn. Then, aku decide aku nak balik rumah abang aku. Asalnya nak tunggu mandak balik, makan nasi sama-sama dengan dia then terus blah dari situ. Tapi dah jadi macam ni, its not comfortble tau. Awkwrd sangat-sangat. Aku tak reti la nak manage benda-benda gini. Lepas siap masak, aku pasang niat lagi nak g dekat dorang, usap-usap or peluk dorang. Redakan perasaan sikit sebab keadaan dah ok. Aku keluar nak ambik telepon call mandak. Nak cakap yang nasi goreng dah masak, nnti kau makan la dengan housemate, aku nak balik. "Dah kau kenapa awal sangat nak balik?" "Nanti la aku cerita" yela, tak kan nk bgtau "weh housemate kau gaduh ni, aku nk balik" hish! tak sopan. dorang dah elok2 syp aku g ckp macam tu plak. Mmg tak patut la kan. Bila dah senyap aku decide nk g ambik telepon.

Bila aku keluar, scene lain pulak yang jadi (aku ni nk jadi penulis skrip drama tp x lepas, sbb tu apply dlm blog je, smpai berscene2 segala) AND NOW HERE WE ARE ----->U know what? They are hugging each other. Aku pon, waaww! ok dorang dah baik. Terharu pon ade. Yela tadi kemain lagi kan kau fire aku aku fire kau. LAST2, masing-masing dah sedar and berpelukan. Ending story ni sangat-sangat membahagiakan. Harap-harap u yang tengah baca ni terhibur. Yes, u. haha. Boleh pulak kan.
Lepas aku analisis balik punca-punca dorang gaduh ni, aku simplify it with one word STREES. Yela dah dua-dua baru balik kerja, penat + masalah tempat kerja + nak basuh baju lagi kan.. Ofcourse la tension bila tension benda simple boleh bawak gaduh, Isu dorang gaduh aku tak nak ckp. I`ill keep it as a secret dorang. Punca-punca sampingannya, dorang ni pendam rasa sebab dalam scene gaduh ada skrip ungkit mengungkit benda-benda lepas. Aku assumed si A dah lama tak puas hati dengan si B. Tebiat pendam rasa ni bahaya dik, sangat-sangat bahaya. BAHAYA kenapa? sebab bila dah tak boleh nak dipendamkan, ia akan MELETUP macam bom. Semua benda boleh jadi. So, caranya (this is my opi) TALK! u need to talk each other, spit it out semua yang tak kena dekat mata, telinga, hati. Just spit it out, its ok. Ambik peluang ni untuk luahkan segalanya. It can help u. Tak banyak pon sikit tu mesti ada. Usaha dulu, bcoz natijahnya memang tak nampak tapi kita cuba kan. 

Ok, konklusinya. nasi goreang aku dapat nama hari ni. Nasi goreng kasih sayang. Aku ambik semua ni sebagai pengajaran. Apa-apa hal tak yah la nak tengking-tengking, relaks, slow talk. Kalau tak jalan baru tengking. ok just kidding. Adat hidup memang tak sah kalau tak kena uji, so, keep calm and have sabar ok. Masalah boleh settle. TEHEE. Adios amigos!

Monday, September 23, 2013

Sayang Dia





Assalamualaikum







Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Allah yang Maha Agung & Maha Mulia menjumpaiku (iaitu dalam tidurku),
kemudian berfirman kepadaku : Wahai Muhammad, katakanlah : 

'Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai sesiapa sahaja yang mencintai-Mu serta mencintai perbuatan yang menghantarkan aku untuk mencintai-Mu."

(Riwayat Imam al-Tirmizi)


MEOW MEOW



Assalamualaikum




Diceritakan oleh Syeikh Malik bin Dinar bahawa ketika beliau sedang makan di dalam rumah, tiba-tiba beliau terpandang seekor kucing datang meluru ke arahnya. Lantas mengambil seketul daging dari pinggannya lalu melarikan diri.

Beliau terperanjat melihatkan yang demikian. Walau bagaimana pun beliau terus bangun lalu mengikut dari belakang ke manakah si kucing tadi membawa seketul daging tersebut. Rupa-rupanya si kucing berlari sambil menggigit seketul daging menuju ke sebuah lubang. BIla sampai di depan lubang tersebut si kucing pun mencampakkan daging yang digigitnya itu. Lalu berundur sedikit ke belakang.

Tidak lama kemudian rupa-rupanya keluar seekor ular yang buta kedua matanya lalu memakan daging tersebut. 

Rezeki Allah ada di mana-mana sahaja.Subhanallah

Thursday, May 9, 2013

MC + SWOT

Assalamualaikum

hi, pagi buto macam ni? *aku memang tengah ngigau hapdet blog. Semua ni SWOT punya pasal sampai mata aku tak boleh nak pejam. Sebenarnya bukan nak cerita pasal swot sangat tapi disebabkan swot aku rajin msuk sini So, kena mention jugak nama swot and yes aku nak cerita pasal MC. For the first time dalam hidup, aku jadi MC. Eh! belum lagi, semalam MC untuk mock session aje but the experience is sooooo nice.

Sebelum ni tak pernah ada siaran langsung pun dalam otak aku nak jadi MC untuk sebarang event. Bagi aku bila orang sebut pasal MC "hah! MC? eeee. malu siot kat depan tu" *org pemalu memang macam ni..haha. 
Mock session berlangsung dengan lancar (early mock session only) dan members pun bagi kerjasama yang baik. Sebenarnya event ni untuk assignment project kelas aku and this is our last project as a student. Lepas ni maybe project bila dah bergelar sebagai pekerja, insyaAllah. 

Partner MC aku namanya Chay, a thailand boy.haha dan aku pilih dia sebagai partner sebab suara dia ala-ala suara pembaca berita (kalah tv3 hokey). Memang sedap suara dia tapi dia jenis yang cepat nervous. Setakat ni chay boleh atasi nervous dia lagi, tahniah chay! 

Project kelas aku digabungkan dengan project untuk MMTC week yang akan berlangsung selama 4 hari kot, entah tak sure. Aku ingat tarikh project kelas aku jer. Sepanjang minggu ni ada jugak projek lain dan projek ni melibatkan beberapa orang selebriti tanah air, malas nak mention nama sep dio. haha.. tak penting kot. Harap2 mmtc week ni berjalan dengan lancar dan harap2 jugak tak blackout..err

kbai.




Friday, April 19, 2013

WARNA WARNI CEBIS KEHIDUPAN SEBAGAI MAHASISWA

Assalamualaikum

hi! setiap kali masuk sini mesti batuk-batuk sebab banyak sangat habuk. Nak bt macam mana kan, sibuk sangat dengan keje sekolah (cisskek! padahal tade la banyak sangat). Sepanjang bergelar sebagai mahasiswa, banyak momento-momento yang indah, gembira, suka, duka, pahit manis. Pendek kata semua ada tp panjang tak kata apa, dia diam jer. Bermula semester pertama, dunia baru pun bermula. Banyak benda baru yang kena belajar, macam mana nak adapt dengan surrounding baru? Boleh ke nak go tru study kat sini? Masa ni diri mula sedar, banyak liku yang aku kena hadapi. Aku yang penyegan ni nak kena cari kawan baru, nak kena hidup berdikari tanpa keluarga lagi. Bercakap pasal keluarga, masa kena tinggal dengan mak, abang, kakak memang sebak gilak. Perspektif berjauhan dengan family sebab kerja (sebelum dpt result STPM) dengan sebab nak stdy berbeza. Kalau nak kerja aku pikir, ala kejap jer pun kerja kat sini. Dah la kerja dengan akak, memang tak terasa sangat la sedihnya berjauhan kan?. Berjauhan sebab nak further stdy perasaan sebak dan sayu tu lain macam. 

Back to the topic, bila sampai UUM aku disambut oleh abang camera man, gituuu! macam retis pulak. Bila lalu depan abang tu, muka malu-malu kucing sebab nak masuk gambar. konon (padahal tade pun muka aku masa malam apresiasi seni tuh) sebak sekali lagi.pfff. Minggu orientasi (MO) , perh! schedule ketat gila, nak mandi, makan even pakai paju (terbabas tido) pun terkejar-kejar. Dalam hati ni memang tak puas hati dengan abang2 & kakak2 senior yang jadi AJK minggu orientasi tuh. Yela, sape tak bengkek, selama seminggu semua benda nak kena kejar. MO aku dipenuhi dengan aktiviti grouping, jalan kaki pergi DMAS, menari tangan ikut music tajuk warisan (part paling best), ape lagi??..entah lupa. Aktiviti grouping tu aku ingat muka berapa ketul jer ahli group. yang lain lupa sebab sepanjang aktiviti aku tak fokus, mata melaliau jer kerjanya plus aku ni penyegan. haha. sampai coursemate aku cakap aku dalam dunia aku sendiri. @_@ . Akhirnya MO habis dengan tagline YAB YO!!!! terbaik. Lepas habis MO, anak bongsu ni demam then nangis nak mak..haha buat lawak jer. Call mak then mak tanya, demam ke? suara sengau semacam. alahai, sebak tu datang bila mak tanya macam tu. aku, apa lagi, "emmm", suara sebak tahan nangis. lepas tu buat2 batuk, takut mak dengau suara sebak tu. ^_^ 

Pejam celik pejam celik dah Semester 2. Sem 2 aku mula mengaktifkan diri aku. Join JPM ( sekarang dah tukar JKPS) untuk DPP YAB. Aku dapat offer jawatan dalam JPM daripada Pika (sekrang dh jadi EX. TIMB PRESIDEN YAB). Sengal btol budak ni, ada ke pagi2 ketut pintu bilik aku "wey, pukul 9 a.m nanti turun bilik JPM, interview dengan mister press". Aku: "hah! ape?" dengan mamai otak tak sempat nak proses. "interview? interview apa?". si Pika tu dah lari entah ke mana. Confuse sebab aku tak apply apa2 jawatan pun dkt JPM tu. Last2 call balik minah tu nak comfirm btol2. Sebelum pergi interview, termenung kejap. "ish! boleh ke aku nak pegang jawatan dalam tu, Aku ni penyegan (again) mcm mn nak deal dengan orang ni?" selama setahun bekerja dekat JPM banyak pengalaman berguna. aku belajar banyak perkara. Penyegan aku dah hilang cikit. Macam tak percaya jer sebab form 6 dulu mana ada aktif macam ni. Saat-saat genting pun aku dah lalui sepanjang bt projek. ketawa & tangis tu perkara biasa bila dah ada dalam group ni. Berkhidmat untuk mahasiswa seramai 1000 lebih motivate lagi diri aku untuk bergelar mahasiswa yang berwibawa, gittuuuu! (sembah ratu la kalau budak2 ni baca post ni). Bila dah buat projek, assignment ke laut, aku tak reti nak bagi2 masa sebab bila aku dah fokus untuk projek, assignment aku akan letak tepi then last minute la jawabnya assignment tu. Tapi ok la, submit jugak kan?.. pfff. Dah cukup setahun, ada yang tanya, "dah tak nak sambung ke?". Aku : "kalau nak tengok projek dkt YAB lingkup, sila lah" smile. haha. Tak sanggup la, time management aku berterabur, rezult pun ke laut sekali. so, i`m done!. but i`m glad to be a part of them. Ada la cikit perubahan, apa yg aku perasan lepas jadi ahli JPM, bila aku bt DM, aku lebih strict. "kau buat itu, kau buat ini, aku tak nak kau buat kerja main2, lambat submit siap kau" kejam sekali. Choi! aku tak sekejam tu, aku orang yang paling bertimbang rasa OK. pfff

Momento untuk semester 3 terpisah dengan rumate lama, dapat rumate baru, aku terjah Langkawi dengan iera lee and la dolce halida dan kena handle intake baru. Alhamdulillah dpt Rumate yang easy going. Mula-mula terpikir la jugak, ish! boleh masuk ke dengan budak kedah ni, macam tak boleh ngam jer tp alhamdulillah, boleh jer. Sekarang dh jadi rumate tersayang tuuu. :D . 


Pergi langkawi beli coklat, 
stay dekat Cenang dengan 2 orang jemah,
percutian kami 2 hari 1 malam memang tak sesat,
terjah tetap kami terjah.
 :p

Plan asal memang nak p langkawi. tak kire, sesat ke tak sesat ke, terjah tetap kami terjah. gittuuu!. Kami bertiga memang tak penah datang sini, sebab tu terjah tetap terjah. Jalan ikut kaki, sampai sana blurr. itu la, nak terjah sangat. Bila dah sampai sana xyah risau la, teksi banyak. Cakap jer nak pergi mana dorang bawak Tapi AWAS! jaga-jaga sikit, jangan naik teksi semberono. Tanya dlu harga berapa, sebab kadang2 dorang cekik darah. Momento selama 2 hari tu memang best tp pengakhiran tak berapa best sgt sebab si iera lee (konon) muncung. Duit dalam bank dia tetiba hilang, how come? kalau aku pun panik kan. So, aku memang simpati dengan kau ra.. haha. Handle student intake baru dengan ahli JKPS lain. Bila berada dalam situasi ni, aku paham perasaan abang2 & kakak2 senior kenapa dorang kena strict sangat minggu MO. Apa yang dorang buat, kami apply untuk freshie. Nah! rasa kau, korang bengkek ke marah ke up to u tapi dorang freshie yang bagus. Semangat YAB YO terserlah dekat DMAS. terbaik!!

'SAPE BESAR?YAB!, SAPE HEBAT?YAB!, 
YAB, YO! YAB, YO!
 BEEEESSSAR PUNYE'

Semester 4 aku strugle utk stdy. Mood strugle lebih time tu. pheww assignment pun banyak sangat. adat la tu kan. Di akhir Semester 5, ada peristiwa yang memang tak boleh dilupakan berlaku. Sem ni paling terkesan dalam hidup sepanjang bergelar sebagai mahasiswa. Peristiwanya aku kena kejar dengan luntung..haha. Sintok banyak luntung dengan monyet, sekarang jadi kawan kamceng tu. Dorang binatang paling bereducated sebab hari2 stdy dgn mahasiswa dekat belakang AP 2. Petang2 main bola sama-sama dekat padang.

So, sekarang semester 6. My final year and ofcourse my final semester as a student. Subjeknya 4 aje tp mengalahkan orang yang 7 subjek. kalau senior batch lepas-lepas, xde la busy cenggini. Dorang yg cakap, aku tak cakap. Busy tu tak yah cakap la. Sampai satu tahap tetiba terlintas dekat fikiran , "bila la nak habis stdy? tak sanggup noks" Kalau sebelum tu bukan main lagi "sedihnya lepas ni dah nak check out daripada UUM ni" but now, it`s so different. Tekanan yang agak tertekan sampai dapat migrain.  Rasa tak terkejar nak buat kerja yang menimbun tu. Final project banyak nak kena kejar date line lepas tu bila kerja dalam group, masing-masing ada kerenah. Kena sabar nak hadap semua tu tapi setakat ni boleh bekerja lagi dalam group aku. Masing2 bagi komitmen 100%.pfff ..
Result tempat praktikal dah dapat. RTM KB adalah saluran pilihan ku..haha
Insya Allah, harap kehidupan sebagai mahasiswa berakhir dengan kejayaan, amin. Untuk kawan-kawan semua, gud luck! u r my best best best friends forever. lepas ni keep in touch dey. 






Wednesday, March 13, 2013

He know

Assalamualaikum

               

Untuk perkongsian bersama

 Jika rindukan si dia angkat tangan dan baca doa ni



                                        ------->   Ya Allah sampaikan salam rinduku kepada

                                                                    (nama penuh insan tersebut)

                                                             sehingga aku menjadi kerinduannya



 DOA NABI YUSUF




^_^