Monday, September 23, 2013

Sayang Dia





Assalamualaikum







Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Allah yang Maha Agung & Maha Mulia menjumpaiku (iaitu dalam tidurku),
kemudian berfirman kepadaku : Wahai Muhammad, katakanlah : 

'Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai sesiapa sahaja yang mencintai-Mu serta mencintai perbuatan yang menghantarkan aku untuk mencintai-Mu."

(Riwayat Imam al-Tirmizi)


MEOW MEOW



Assalamualaikum




Diceritakan oleh Syeikh Malik bin Dinar bahawa ketika beliau sedang makan di dalam rumah, tiba-tiba beliau terpandang seekor kucing datang meluru ke arahnya. Lantas mengambil seketul daging dari pinggannya lalu melarikan diri.

Beliau terperanjat melihatkan yang demikian. Walau bagaimana pun beliau terus bangun lalu mengikut dari belakang ke manakah si kucing tadi membawa seketul daging tersebut. Rupa-rupanya si kucing berlari sambil menggigit seketul daging menuju ke sebuah lubang. BIla sampai di depan lubang tersebut si kucing pun mencampakkan daging yang digigitnya itu. Lalu berundur sedikit ke belakang.

Tidak lama kemudian rupa-rupanya keluar seekor ular yang buta kedua matanya lalu memakan daging tersebut. 

Rezeki Allah ada di mana-mana sahaja.Subhanallah