Friday, April 19, 2013

WARNA WARNI CEBIS KEHIDUPAN SEBAGAI MAHASISWA

Assalamualaikum

hi! setiap kali masuk sini mesti batuk-batuk sebab banyak sangat habuk. Nak bt macam mana kan, sibuk sangat dengan keje sekolah (cisskek! padahal tade la banyak sangat). Sepanjang bergelar sebagai mahasiswa, banyak momento-momento yang indah, gembira, suka, duka, pahit manis. Pendek kata semua ada tp panjang tak kata apa, dia diam jer. Bermula semester pertama, dunia baru pun bermula. Banyak benda baru yang kena belajar, macam mana nak adapt dengan surrounding baru? Boleh ke nak go tru study kat sini? Masa ni diri mula sedar, banyak liku yang aku kena hadapi. Aku yang penyegan ni nak kena cari kawan baru, nak kena hidup berdikari tanpa keluarga lagi. Bercakap pasal keluarga, masa kena tinggal dengan mak, abang, kakak memang sebak gilak. Perspektif berjauhan dengan family sebab kerja (sebelum dpt result STPM) dengan sebab nak stdy berbeza. Kalau nak kerja aku pikir, ala kejap jer pun kerja kat sini. Dah la kerja dengan akak, memang tak terasa sangat la sedihnya berjauhan kan?. Berjauhan sebab nak further stdy perasaan sebak dan sayu tu lain macam. 

Back to the topic, bila sampai UUM aku disambut oleh abang camera man, gituuu! macam retis pulak. Bila lalu depan abang tu, muka malu-malu kucing sebab nak masuk gambar. konon (padahal tade pun muka aku masa malam apresiasi seni tuh) sebak sekali lagi.pfff. Minggu orientasi (MO) , perh! schedule ketat gila, nak mandi, makan even pakai paju (terbabas tido) pun terkejar-kejar. Dalam hati ni memang tak puas hati dengan abang2 & kakak2 senior yang jadi AJK minggu orientasi tuh. Yela, sape tak bengkek, selama seminggu semua benda nak kena kejar. MO aku dipenuhi dengan aktiviti grouping, jalan kaki pergi DMAS, menari tangan ikut music tajuk warisan (part paling best), ape lagi??..entah lupa. Aktiviti grouping tu aku ingat muka berapa ketul jer ahli group. yang lain lupa sebab sepanjang aktiviti aku tak fokus, mata melaliau jer kerjanya plus aku ni penyegan. haha. sampai coursemate aku cakap aku dalam dunia aku sendiri. @_@ . Akhirnya MO habis dengan tagline YAB YO!!!! terbaik. Lepas habis MO, anak bongsu ni demam then nangis nak mak..haha buat lawak jer. Call mak then mak tanya, demam ke? suara sengau semacam. alahai, sebak tu datang bila mak tanya macam tu. aku, apa lagi, "emmm", suara sebak tahan nangis. lepas tu buat2 batuk, takut mak dengau suara sebak tu. ^_^ 

Pejam celik pejam celik dah Semester 2. Sem 2 aku mula mengaktifkan diri aku. Join JPM ( sekarang dah tukar JKPS) untuk DPP YAB. Aku dapat offer jawatan dalam JPM daripada Pika (sekrang dh jadi EX. TIMB PRESIDEN YAB). Sengal btol budak ni, ada ke pagi2 ketut pintu bilik aku "wey, pukul 9 a.m nanti turun bilik JPM, interview dengan mister press". Aku: "hah! ape?" dengan mamai otak tak sempat nak proses. "interview? interview apa?". si Pika tu dah lari entah ke mana. Confuse sebab aku tak apply apa2 jawatan pun dkt JPM tu. Last2 call balik minah tu nak comfirm btol2. Sebelum pergi interview, termenung kejap. "ish! boleh ke aku nak pegang jawatan dalam tu, Aku ni penyegan (again) mcm mn nak deal dengan orang ni?" selama setahun bekerja dekat JPM banyak pengalaman berguna. aku belajar banyak perkara. Penyegan aku dah hilang cikit. Macam tak percaya jer sebab form 6 dulu mana ada aktif macam ni. Saat-saat genting pun aku dah lalui sepanjang bt projek. ketawa & tangis tu perkara biasa bila dah ada dalam group ni. Berkhidmat untuk mahasiswa seramai 1000 lebih motivate lagi diri aku untuk bergelar mahasiswa yang berwibawa, gittuuuu! (sembah ratu la kalau budak2 ni baca post ni). Bila dah buat projek, assignment ke laut, aku tak reti nak bagi2 masa sebab bila aku dah fokus untuk projek, assignment aku akan letak tepi then last minute la jawabnya assignment tu. Tapi ok la, submit jugak kan?.. pfff. Dah cukup setahun, ada yang tanya, "dah tak nak sambung ke?". Aku : "kalau nak tengok projek dkt YAB lingkup, sila lah" smile. haha. Tak sanggup la, time management aku berterabur, rezult pun ke laut sekali. so, i`m done!. but i`m glad to be a part of them. Ada la cikit perubahan, apa yg aku perasan lepas jadi ahli JPM, bila aku bt DM, aku lebih strict. "kau buat itu, kau buat ini, aku tak nak kau buat kerja main2, lambat submit siap kau" kejam sekali. Choi! aku tak sekejam tu, aku orang yang paling bertimbang rasa OK. pfff

Momento untuk semester 3 terpisah dengan rumate lama, dapat rumate baru, aku terjah Langkawi dengan iera lee and la dolce halida dan kena handle intake baru. Alhamdulillah dpt Rumate yang easy going. Mula-mula terpikir la jugak, ish! boleh masuk ke dengan budak kedah ni, macam tak boleh ngam jer tp alhamdulillah, boleh jer. Sekarang dh jadi rumate tersayang tuuu. :D . 


Pergi langkawi beli coklat, 
stay dekat Cenang dengan 2 orang jemah,
percutian kami 2 hari 1 malam memang tak sesat,
terjah tetap kami terjah.
 :p

Plan asal memang nak p langkawi. tak kire, sesat ke tak sesat ke, terjah tetap kami terjah. gittuuu!. Kami bertiga memang tak penah datang sini, sebab tu terjah tetap terjah. Jalan ikut kaki, sampai sana blurr. itu la, nak terjah sangat. Bila dah sampai sana xyah risau la, teksi banyak. Cakap jer nak pergi mana dorang bawak Tapi AWAS! jaga-jaga sikit, jangan naik teksi semberono. Tanya dlu harga berapa, sebab kadang2 dorang cekik darah. Momento selama 2 hari tu memang best tp pengakhiran tak berapa best sgt sebab si iera lee (konon) muncung. Duit dalam bank dia tetiba hilang, how come? kalau aku pun panik kan. So, aku memang simpati dengan kau ra.. haha. Handle student intake baru dengan ahli JKPS lain. Bila berada dalam situasi ni, aku paham perasaan abang2 & kakak2 senior kenapa dorang kena strict sangat minggu MO. Apa yang dorang buat, kami apply untuk freshie. Nah! rasa kau, korang bengkek ke marah ke up to u tapi dorang freshie yang bagus. Semangat YAB YO terserlah dekat DMAS. terbaik!!

'SAPE BESAR?YAB!, SAPE HEBAT?YAB!, 
YAB, YO! YAB, YO!
 BEEEESSSAR PUNYE'

Semester 4 aku strugle utk stdy. Mood strugle lebih time tu. pheww assignment pun banyak sangat. adat la tu kan. Di akhir Semester 5, ada peristiwa yang memang tak boleh dilupakan berlaku. Sem ni paling terkesan dalam hidup sepanjang bergelar sebagai mahasiswa. Peristiwanya aku kena kejar dengan luntung..haha. Sintok banyak luntung dengan monyet, sekarang jadi kawan kamceng tu. Dorang binatang paling bereducated sebab hari2 stdy dgn mahasiswa dekat belakang AP 2. Petang2 main bola sama-sama dekat padang.

So, sekarang semester 6. My final year and ofcourse my final semester as a student. Subjeknya 4 aje tp mengalahkan orang yang 7 subjek. kalau senior batch lepas-lepas, xde la busy cenggini. Dorang yg cakap, aku tak cakap. Busy tu tak yah cakap la. Sampai satu tahap tetiba terlintas dekat fikiran , "bila la nak habis stdy? tak sanggup noks" Kalau sebelum tu bukan main lagi "sedihnya lepas ni dah nak check out daripada UUM ni" but now, it`s so different. Tekanan yang agak tertekan sampai dapat migrain.  Rasa tak terkejar nak buat kerja yang menimbun tu. Final project banyak nak kena kejar date line lepas tu bila kerja dalam group, masing-masing ada kerenah. Kena sabar nak hadap semua tu tapi setakat ni boleh bekerja lagi dalam group aku. Masing2 bagi komitmen 100%.pfff ..
Result tempat praktikal dah dapat. RTM KB adalah saluran pilihan ku..haha
Insya Allah, harap kehidupan sebagai mahasiswa berakhir dengan kejayaan, amin. Untuk kawan-kawan semua, gud luck! u r my best best best friends forever. lepas ni keep in touch dey. 






No comments:

Post a Comment