Monday, December 30, 2013

KEDAI MAKAN KE DISKO?

Assalamualaikum

Story hari ni pasai kedai makan. Aku suka citer pasal makan sebab aku suka makan.hehe.. Baru habis kerja perut krut krat krut krat bunyi bertasbih. Tak boleh jadi ni, kena cari kedai makan, lapar. Aku ajak la kakak aku makan then dia suggest kedai sebelah mall tempat aku kerja. Jom jelah kak, aku dah lapar sangat-sangat nih. Aku iye kan aje la walaupun tak tau kedai tu macam mana. Aku tak biasa area KJ ni. So, kakak aku bawak aku merempit dengan moto. Tak sampai 3 minit dah sampai dah. Ok, pergi rapat sikit, macam ok je kedai ni sebab ramai jugak custemor depa tuh. Bila rapat sikit lagi, aku ternampak mamat dok hisap shisha. Dalam hati aku "ala, ade jugak orang tak cukup oksigen kat sini" Bau dia perh!. Nak aje dicukupkan oksigen mereka-mereka nih. Tak suka bau dia tau tak. Then, dok pikir-pikir, takpe la bedal jela janji dok jauh-jauh sikit dari mereka-mereka. Bila nak turun dari moto tu, datang lagi satu halangan, BUNYI. Aku tak boleh blah bila orang pasang lagu bunyi macam nak disko!. Aku nak makan dengan tenang pon tak jadi kalau gini. 

Aku : "Mandak! jom blah. Kepala aku tengah semak nih , Makin semak samun kalau aku makan kat sini".

Mandak pon ikut aje la. Yela, orang nak makan dengan tenang, berselara, menikmati dan sewaktu dengannya, Depa p pasang lagu nak berdisko pasai pa. Ini nasihat la, kalau anda bos restaurant or kedai or whatsoever tempat nak menjamu selera, sila pastikan background bunyi music sesuai sikit. Tak yah la nak pasang lagu macam nak berdisko bagai. Semak tau dak. Pasang zikir lagi dapat pahala. That all for today. Peace yo.. 

thank you very much, ike yu samah sriya.